LORONG 3,LOT 115,TAMAN ALAM INDAH,
KG. SUNGAI KAYU BATU 7, JALAN AIRPORT SANDAKAN,
90000 SANDAKAN, SABAH.
Tel:019-8303252 E-mail:pawanasabah@gmail.com
______________________________
Rujukan :SANS KSK(1)
Tarikh :05 Oktober 2012
Kepada,
Pihak yang berkenaan.
JHEAINS SABAH
Tuan/puan,
MEMOHON SEBUAH SEKOLAH AGAMA NEGERI SABAH(SANS) UNTUK KAMPUNG SUNGAI KAYU BATU 7 SANDAKAN.
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
02. Selaku mewakili penduduk seramai 116 buah keluarga dari Taman Alam Indah Sandakan dan ahli kariah kampung Sungai Kayu,kami amat berharap agar kawasan ini mempunyai sebuah SANS bagi memudahkan anak-anak kami belajar perkara asas dalam agama islam.Hanya melalui pendidikan agama islam sahaja yang mampu membina sahsiah insan gemilang dan berupaya melahirkan manusia yang seimbang untuk kebaikan dunia dan akhirat.
03. Sehubungan dengan itu,harapan kami agar pihak tuan dapat menimbangkan perkara diatas untuk tindakan segera dan memanjangkan kepada pihak yang bertanggungjawab.
04. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan dalam perkara ini amatlah dihargai.Sila jawab dalam masa tujuh(7)hari daripada surat ini diterima.
Sekian terima kasih.
“Berkhidmat Kerana Allah Swt”
MOHD.ROBIL BIN ESA
Wakil Ahli Kariah,
Kampung Sungai Kayu Batu 7
Sandakan, Sabah.
S.k.
Perdana Menteri Malaysia(DS Najib Tun Abd.Razak)
Ketua Menteri Sabah( DSP Musa Hj.Aman)
Ahli Parlimen Libaran( Dtk Juslie Ajirol)
Pengarah JHEAINS Sabah.
PTA JHEAINS Bahagian Sandakan.
ketua kampung dan JKKK kg.Sg.kayu,Sandakan.
Persatuan Perumahan Taman Alam Indah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan