Jumaat, 19 Oktober 2012

SALINAN SURAT UTK JHEAINS SABAH


 
 D/A MOHD.ROBIL BIN ESA
 LORONG 3,LOT 115,TAMAN ALAM INDAH,
KG. SUNGAI KAYU BATU 7, JALAN AIRPORT SANDAKAN,
90000 SANDAKAN, SABAH.
Tel:019-8303252                                                                                                     E-mail:pawanasabah@gmail.com
_______________________________________________________________________
“Menerajui Transformasi ”
                                   
Rujukan           :SANS KSK(2)
               Tarikh              :19 Oktober 2012

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam,
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS),
Tingkat 9 & 10, Blok A, Wisma MUIS,
Beg Berkunci No.103,
88737 Kota Kinabalu,Sabah.                                                                                     

Tuan/puan,

MEMOHON SEBUAH SEKOLAH AGAMA NEGERI SABAH(SANS) UNTUK KAMPUNG SUNGAI KAYU BATU 7 SANDAKAN.

Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

02.       Selaku mewakili penduduk seramai116 buah keluarga dari  Taman Alam Indah Sandakan dan ahli kariah kampung Sungai Kayu, kami amat berharap agar kawasan ini mempunyai sebuah SANS bagi memudahkan anak-anak kami belajar perkara asas dalam agama islam.Hanya melalui pendidikan agama islam sahaja yang mampu membina sahsiah insan gemilang dan berupaya melahirkan  manusia yang seimbang untuk kebaikan dunia dan akhirat.

03.       Sehubungan dengan itu,harapan kami agar pihak tuan dapat menimbangkan perkara diatas untuk tindakan segera dan memanjangkan kepada pihak yang bertanggungjawab.

04.       Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan dalam perkara ini amatlah dihargai.Sila jawab dalam masa tujuh(7)hari daripada surat ini diterima.

Sekian terima kasih.



Berkhidmat Kerana Allah Swt”

MOHD.ROBIL BIN ESA
Wakil Ahli Kariah,
Kampung Sungai Kayu Batu 7
Sandakan, Sabah.
 19/10/2013,Jumaat


S.k.     
Perdana Menteri Malaysia(DS Najib Tun Abd.Razak)
Ketua Menteri Sabah( DSP Musa Hj.Aman)
JHEAINS Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan