Selasa, 9 Oktober 2012

Projek itu untuk mu.HARAM 1 sen komisyen ku makan.

Bila ku dengar ada pruntukan utk projek pmbangunan kawasan Dun Klias n Parlimen Beaufort maka aku minta projek.Projek untuk Kota Klias bukan untuk aku mraih kuntungan .Tapi utk kamu juga wahai pemimpin ku.Klu kamu mau untung,bah apa lg luluskanlah projek ni.aku nda kira siapa yg dpt projek, yg pnting projek ni d luluskn n d buat d kota klias.kpd DSP Azizah Dun n En.Isnin Aliasnih prtimbangkanlah.Keuntungan brpihak kpd kamu n kroni mu.

MEMOHON PROJEK PEMBANGUNAN UNTUK KAMPUNG KOTA KLIAS.

Berikut adalah senarai projek yang kami perlukan:

1). Parit konkrit sepanjang jalan kg.kota klias(daripada jambatan Tangulian ke jambatan Pendiki).
2) Membina jalan raya baru 5km dari sg. besi ke kg hulu (kg lama hulu seberang)
3).Baiki SANS/SUIS Kg.Kota Klias.
4).Bina sebuah bangunan untuk operasi Persatuan Belia Kota Klias.
5).Baikpulih tandas awam Kota Klias.
6) Buat sebuah jeti di Sg.Pendiki untuk kegunaan nelayan tempatan.
7).Bersihkan sepanjang Sg.Siantan.
8) Baiki dan buat parit dikebun sawit penduduk Kota Klias.
9).Baiki pagar SK.Kota Klias.
10).Bina jambatan gantung ke kawasan tanah perkuburan kg.hulu, Kota Klias.
11). Pembaikan paip air ke rumah-rumah penduduk kg kota klias/ganti rugi kepada penduduk kg yang terlibat, disebabkan pembinaan paip besar yang sedang dijalankan.
12) Membaiki kalbot ke rumah-rumah penduduk kg. kota klias yang terjejas akibat pembinaan paip besar.(ANGGARAN KOS KESELURUHAN 250 JUTA)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan