Selasa, 2 Oktober 2012

PERTANDINGAN FUTSAL TERBUKA DUN KUALA PENYU

KERUKAN, KUALA PENYU :

Program riadah dan aktiviti sukan merupakan antara kaedah teras untuk terus memupuk keperibadian mulia generasi muda agar tidak terlibat kepada gejala sosial yang tidak sihat.

Pemangku Ketua UMNO P.177 Beaufort, Isnin Aliasnih berkata, penganjuran futsal seumpama ini diharap dapat diteruskan sebagai langkah usaha membimbing dan mengenalpasti pemain yang berkualiti serta mampu untuk diketengahkan bagi mewakili daerah dan negeri ini.

Kejohan tersebut yang dianjurkan oleh Persatuan Belia Kg. kerukan dan usahasama Kumpulan Yayasan Sabah Kuala Penyu mendapat sambutan baik dengan penyertaan daripada 18 pasukan yang bersaing untuk menjuarai kejohanan tersebut.

Turut hadir, Tuan Hj. Mohd. Ishak Hj. Ibrahim, Ketua pemuda UMNO Beaufort, Tuan Hj. Ghulam, Pegawai YS Parlimen Beaufort dan Kepimpinan AJK UMNO Beaufort.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan